Kehebatan Susu Ibu.....Kenapa tidak menghargainya??

>> Thursday, December 3, 2009

Bayangkan telah tersedia satu produk yang dapat memberi makan sebahagian besar penduduk dunia. Dapat melindungi mereka dari penyakit, boleh didapati dimana-mana, tidak perlu penyimpanan atau penghantaran dan dapat melindungi sebahagian manusia dari bencana kanser.”


…Dan...”Bayangkan pula manusia tidak mahu menggunakannya…”
Menurut kajian seorang doktor, “Mamalia di dunia ini”  terdiri dari pelbagai spesis dan terdapat 4237 jenis mamalia di dunia dan kesemua mamalia ini menyusukan sendiri anak mereka, kecuali sejenis mamalia sahaja… iaitu manusia. Formula ringkasnya :

4 237 – 1 = 4 236

Semua mamalia menyusukan anaknya sendiri. Kecuali manusia yang mempunyai pilihan samada untuk menyusukan sendiri atau memberi susu formula.



Harimau bintang menyusukan anaknya…



Beruang kutub menyusukan anaknya…




Gajahpun menyusukan anaknya… malah dalam posisi berdiri pula..



Hatta antelope juga menyusukan anaknya walaupun sambil berlari…



Bukan sahaja di darat, malah mamalia di laut seperti anjing laut ini turut menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah..

Memang sedih bila memikirkan mengapa manusia begitu susah untuk menyusukan anak sendiri. Apakah ini antara penyebab berlakunya gejala sosial masa kini??

Tahukah kalian bahawa susu ibu telah terbukti adalah makanan terbaik untuk bayi?? Ia adalah satu – satunya makanan yang memberikan segala keperluan nutrisi untuk bayi yang berumur kurang dari 6 bulan. Tidak ada satu pun jenama susu formula yang mampu menyaingi kelebihan  yang terdapat di dalam susu ibu.
Susu ibu juga penting untuk tumbesaran  bayi. Ia dapat memberikan air yang mencukupi tanpa perlu sebarang air tambahan. Tidak seperti pemberian susu formula, kebiasaannya bayi itu perlu diberi tambahan air masak untuk mengelakkan sembelit. Kalau bayi umur satu tahun ke bawah, zat yang ada dalam susu ibu tu adalah yang utama....cuma bagi makanan tambahan sebagai pelangkap je...

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama dan terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan  kuman dan jangkitan...

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Kolostrum dapat mencegah jangkitan dan juga penyakit alergi dan ini  hanya terdapat di dalam susu ibu!!!

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (35 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Jumlah yang kecil untuk keperluan (dan saiz perut!) yang kecil. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini??

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa bayi yang menyusu ibu :

1) MENDAPAT MARKAH LEBIH TINGGI dalam ketajaman penglihatan

2) Menunjukkan perkembangan otak yang LEBIH BAIK.

Jadi....adakah kalian (pastinya para ibu) masih ragu-ragu dengan kebaikan susu ibu???
Tidakkah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita???



Dapatkan buku-buku hebat ini sebagai panduan buat para ibubapa dalam menangani dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang hebat, soleh dan berjaya di dunia dan akhirat...................



sumber rujukan : Blog Dr.Shiha


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP