Kehebatan Susu Ibu.....Kenapa tidak menghargainya??

>> Thursday, December 3, 2009

Bayangkan telah tersedia satu produk yang dapat memberi makan sebahagian besar penduduk dunia. Dapat melindungi mereka dari penyakit, boleh didapati dimana-mana, tidak perlu penyimpanan atau penghantaran dan dapat melindungi sebahagian manusia dari bencana kanser.”


…Dan...”Bayangkan pula manusia tidak mahu menggunakannya…”
Menurut kajian seorang doktor, “Mamalia di dunia ini”  terdiri dari pelbagai spesis dan terdapat 4237 jenis mamalia di dunia dan kesemua mamalia ini menyusukan sendiri anak mereka, kecuali sejenis mamalia sahaja… iaitu manusia. Formula ringkasnya :

4 237 – 1 = 4 236

Semua mamalia menyusukan anaknya sendiri. Kecuali manusia yang mempunyai pilihan samada untuk menyusukan sendiri atau memberi susu formula.



Harimau bintang menyusukan anaknya…



Beruang kutub menyusukan anaknya…




Gajahpun menyusukan anaknya… malah dalam posisi berdiri pula..



Hatta antelope juga menyusukan anaknya walaupun sambil berlari…



Bukan sahaja di darat, malah mamalia di laut seperti anjing laut ini turut menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah..

Memang sedih bila memikirkan mengapa manusia begitu susah untuk menyusukan anak sendiri. Apakah ini antara penyebab berlakunya gejala sosial masa kini??

Tahukah kalian bahawa susu ibu telah terbukti adalah makanan terbaik untuk bayi?? Ia adalah satu – satunya makanan yang memberikan segala keperluan nutrisi untuk bayi yang berumur kurang dari 6 bulan. Tidak ada satu pun jenama susu formula yang mampu menyaingi kelebihan  yang terdapat di dalam susu ibu.
Susu ibu juga penting untuk tumbesaran  bayi. Ia dapat memberikan air yang mencukupi tanpa perlu sebarang air tambahan. Tidak seperti pemberian susu formula, kebiasaannya bayi itu perlu diberi tambahan air masak untuk mengelakkan sembelit. Kalau bayi umur satu tahun ke bawah, zat yang ada dalam susu ibu tu adalah yang utama....cuma bagi makanan tambahan sebagai pelangkap je...

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama dan terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan  kuman dan jangkitan...

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Kolostrum dapat mencegah jangkitan dan juga penyakit alergi dan ini  hanya terdapat di dalam susu ibu!!!

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (35 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Jumlah yang kecil untuk keperluan (dan saiz perut!) yang kecil. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini??

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa bayi yang menyusu ibu :

1) MENDAPAT MARKAH LEBIH TINGGI dalam ketajaman penglihatan

2) Menunjukkan perkembangan otak yang LEBIH BAIK.

Jadi....adakah kalian (pastinya para ibu) masih ragu-ragu dengan kebaikan susu ibu???
Tidakkah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita???



Dapatkan buku-buku hebat ini sebagai panduan buat para ibubapa dalam menangani dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang hebat, soleh dan berjaya di dunia dan akhirat...................



sumber rujukan : Blog Dr.Shiha


Read more...

Buat Duit Dengan Blog???

>> Wednesday, December 2, 2009

TAHUKAH ANDA, DENGAN MEMILIKI BLOG SENDIRI, ANDA MAMPU MENJANA WANG TAMBAHAN MUDAH TANPA ANDA SEDARI ??!!!



Sekiranya anda seorang yang ingin mencari wang tambahan dari internet, anda tidak perlu mempunyai modal yang besar untuk membina perniagaan internet ini. Blog adalah cara terbaik untuk membina perniagaan internet kerana ianyanya murah, cepat, mesra serta senang jika anda ingin menjual atau mempromosi sesuatu produk kepada sesiapapun kerana di dunia ini terdapat berbilion penguna internet diseluruh dunia yang mengunakan internet untuk mencari maklumat serta produk -produk yang terkini..

BAGAIMANA MENDAPATKAN PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN MENGGUNAKAN BLOG?

Sebenarnya tidak berapa susah mendapatkan wang sampingan dengan menggunakan blog anda sendiri jika tahu caranya. Saya sendiri bukanlah seorang yang pakar dalam bidang IT  tetapi berjaya membina blog untuk menambahkan pendapatan tanpa mengeluarkan modal yang banyak dan tanpa berhadapan dengan risiko. Dan yang paling pentingnya tidak perlu bekerja lebih masa atau part time samada berniaga di pasar malam ker, direct selling ker, bawa teksi ker,..atau macam-macam lagi la....Apa yang perlu anda buat hanyalah dapatkan ilmu dari orang-orang yang pakar dalam bidang ini. Ingin tahu rahsia buat duit dari blog?? Rujuk Pakar...  







Seronoknya dapat banyak duit!!!!

Read more...

Racun Makananku....Penawarnya???

>> Tuesday, December 1, 2009




Mari kita renungkan bersama.........


Inilah pesanan untuk diri sendiri....

Dunia makanan penuh dengan cas cas tersembunyi, bila makanan disuap ke dalam mulut bermakna kita sedang membuka bil-bil untuk rawatan kesihatan di hari depan....

Masih ragu ragu?
Jom kita lihat satu demi satu.

Ini nasi yang kusuap.... adalah dari padi yang membesar dari segala
brand racun dan baja ciptaan.
Ini ikan yang ku makan... adalah dari laut dalam yang disegarkan
dengan segala pengawet mayat sebelum tiba didaratan.
Ini sayuran hijau yang ku hidang... adalah dari tanah tinggi yang
serangga pun tak sudi nak jamah.
Ini buah-buahan yang lazat... perhatikan dari benihnya, mungkin
genetik yang menyebabkan kecelaruan DNA nya... buahnya diperam
bersama kabaid untuk kelihatan comelnya.
Jadi... kita mungkin tiada pilihan....kecuali.....

Carilah peneutral alami dan penawar yang terdapat dalam herba hutan.
Cari anti oksida pada herba tempatan... carilah anti kanser pada alam
sekeliling kita...


Mudahnya..., marilah bersama HPA dan kenali dunia herbanya. Amat tinggi nilainya....


Ya, rakan-rakanku..... Melaburlah sedikit dari pendapatan kita untuk mengamalkan produk herba HPA demi kesihatan kita.
Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati???



Elakkan membuka bil-bil tersembunyi untuk rawatan di hari tua.
Jagalah pemakanan anda dan melaburlah dalam dunia herba.
Sedikit pelaburan dari pendapatan untuk kekayaan kesihatan anda dapat menyelamatkan ribuan ringgit dikemudian hari..............




Read more...

Kahwin????...Kahwin Jangan Tak Kahwin

 Cuti sekolah ni bermakna musim orang kahwin....Kadang-kadang tu pening juga memikirkan apa yang nak diberikan kepada bakal pengantin....apa kata cuba yang ini.........






Ditunggu-tunggu pengantin tak sampai,
Berpeluh Mak Andam di tengah dewan,
Hadiahkan ilmu kepada mempelai,
Menjadi pedoman mengemudi perkahwinan.



Pastinya hadiah ini akan menjadi hadiah yang paling bermakna buat kedua mempelai dalam melayari bahtera perkahwinan...

Dan... buku-buku ini juga ideal buat para pengantin "lama" juga...






Dapatkan buku-buku istimewa ini (dan pelbagai lagi buku-buku panduan berumahtangga dan keibubapaan) secara eksklusif hanya di AdikBijak.com


"Melangkah Ke Alam Perkahwinan Dengan Bijak..."



Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP