Polis Tembak Mati Pemuda Mengamuk

>> Wednesday, November 18, 2009

Sepanjang minggu orang ramai memperkatakan tentang isu polis menembak mati seorang pemuda yang sedang mengamuk. Bagi keluarga mangsa, polis tidak sepatutnya menembak ke dada mangsa kerana mangsa hanyalah bersenjatakan pisau sahaja dan kedua tangannya bergari ke belakang.... (kalau bergari macam mana pegang pisau??). Tindakan polis dikatakan kejam dan zalim sehinggakan keluarga mangsa membuat laporan terhadap anggota terbabit dan kerajaan Malaysia kerana cuai dalam menjalankan tugas.

Bagi pihak polis pula, tindakan adalah untuk mempertahankan diri dari serangan mangsa. Malah tembakan pertama hanyalah sebagai amaran sahaja dan terpaksa melepaskan tembakan kali ke dua apabila mangsa bertindak lebih agresif. Anggota terbabit dikatakan berpengalaman dan bukannya melepaskan tembakan melulu dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

Orang ramai melahirkan pendapat yang berbeza, ramai yang menyokong tindakan polis dan tidak kurang juga yang membantah. Apa pun....polis perlu menjalankan siasatan dengan terperinci supaya keadilan dapat ditegakkan baik untuk keluarga mangsa mahupun anggota polis terbabit.

Dalam keadaan kadar jenayah yang semakin meningkat, ada kewajarannya polis mengambil tindakan tersebut untuk menjegah dan membendung jenayah dari terus berleluasa. Polis bukan sahaja mempertahan diri sendiri tetapi juga menjaga keselamatan orang awam. Dan semua yang dilakukan adalah berlandaskan syarat-syarat dan peraturan-peraturan tertentu. Orang awam dan ibubapa khususnya perlu mengambil ikhtibar kejadian tersebut. Didiklah anak-anak kita seawal usia untuk lebih bersifat penyabar, penyayang, bersifat baik, tidak melakukan kekerasan, takut untuk bebuat salah, sentiasa menghormati ibubapa dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Tanamkan sifat-sifat positif dalam diri mereka...InsyaAllah....semoga mereka membesar sebagai insan yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara tercinta. Merekalah yang akan membentuk sebuah negara yang aman, damai dan jauh dari segala kejadian jenayah..........

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP