Jenayah Berleluasa
>> Friday, November 13, 2009
Hampir setiap hari akhbar memaparkan pelbagai kejadian jenayah di sekeliling kita. Dari kes pecah rumah, ragut, rompakan, dera anak, rempit, langgar lari hinggalah ke rogol dan bunuh. Pelbagai persoalan di benak fikiran.... Apa nak jadi dengan kita ini?? Kenapa ini berlaku?? Salah siapa?? Mengapa ianya semakin menjadi-jadi?? Apa tindakan kita?? Bagaimana hendak menyelesaikannya??Persoalan yang tiada kesudahan penghujungnya. Apa yang pasti.... selagi ianya berlaku, selagi itulah ianya bermain di fikiran ini........
Ada ketikanya ketakutan menyelubungi diri, tapi akal dan fikiran bertindak menyedarkan diri betapa semua itu adalah lumrah kehidupan. Adat manusia yang jahil dan rakus, hidup bertunjangkan nafsu, bertuhankan harta dan kuasa, bertopengkan haiwan berbuat apa saja tanpa segan dan silu...tanpa takut hukum dan dosa....oh....betapa rendahnya nilai sebuah kehidupan.... Selagi nafsu menguasai diri, selagi itulah akal dan fikiran bertindak di luar batasan.... MasyaAllah..........









0 comments:
Post a Comment