Susahnya Nak Kerja Kerajaan!!!!

>> Tuesday, November 24, 2009



Mengapa Susah Sangat Nak Dapat Kerja Kerajaan? Temuduga dah berkali - kali, tapi masih tak dapat - dapat.....


Memang susah nak dapat sebenarnya jika anda tidak tahu akan rahsia bagaimana nak melepasi temuduganya....

Semua orang tahu bahawa masalah ekonomi yang teruk melanda bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, terdapat beribu-ribu pekerja diberhentikan kerja pada setiap bulan. Bagaimana dengan kehidupan mereka nanti??  Apa yang akan mereka lakukan untuk menyara kehidupan mereka?? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang besar.... sungguh kasihan.... Adakah mereka hanya menunggu saja mengharap akan bantuan kerajaan???

Mereka perlu mencari kerja yang baru untuk meneruskan kehidupan. Tidak hairanlah mengapa permohonan jawatan dalam sektor awam tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Hampir setengah juta permohonan untuk memasuki biang kerja dalam sektor awam! Malangnya berapalah sangat kekosongan yang ada bagi jawatan yang dipohon???

 Sukarnya  mencari kerja buat masa sekarang. Malah yang bekerja pun mulai runsing memikirkan adakah mereka juga bakal diberhentikan kerja..... Jadi, semakin ramai yang memilih untuk mendapat kerjaya yang stabil yang dapat menjamin masa depan mereka. Pilihan yang tepat tentulah dengan menyertai sektor awam. Akan tetapi, adakah mudah untuk mengisi atau memasuki bidang kerja sektor awam??? Ianya tidak semudah seperti yang disangkakan!!!. Sangat susah sebenarnya…Anda perlu bersaing dengan 200 - 500 pesaing yang lain hanya untuk satu kekosongan jawatan sahaja! Bagaimana untuk menjadikan diri anda calon yang terpilih di kalangan calon yang begitu ramai ini???......[teruskan membaca]

Read more...

Kerja Oh Kerja...Sampai Bila Mahu Kerja!!!

    

Jangan ditanya sampai bila kita harus bekerja....kerana jawabnya....tentulah sampai bila-bila.... Tapi....pilihan ditangan kita sebenarnya. Salah ke kalau tak bekerja??? Tepuk dada, tanya soalan jawab lah sendiri......

Kalau  tak nak kerja atau ringkasnya malas nak kerja, satu lagi soalan yang timbul......Nak makan apa??
Kalau ada anak bini, lagi drastik soalannya....Nak bagi anak bini makan apa??? Lebih parah kalau mertua yang tanya!!!

Macam yang saya katakan tadi...pilihan ditangan kita. Apapun, semua orang tau kepentingan kerja sebagai sumber kewangan atau bahasa mudahnya cara untuk dapatkan duit bagi sediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Tak kiralah untuk diri sendiri ke atau untuk orang-orang yang kita tanggung, dan yang pastinya tentulah untuk orang-orang tersayang. Itu baru cerita keperluan asas.....belum masuk bab-bab untuk sediakan lain-lain keperluan...........duit untuk pendidikan anak-anak, kenderaan, rumah yang selesa, bagi duit kat mak ayah dan adik-adik, dan macam-macam lagi lah......
Bagi yang masih bujang, keadaannya tetap sama..........hidup tetap perlukan kerja dan yang pentingnya duit.
Ialah.....kalau ada orang tersayang....emm...tak yah cerita lah betapa banyaknya duit yang diperlukan.......
Yang pentingnya.......carilah kerja yang boleh bagi kita duit..........dan pastikan kerja kita tu halal!!!!

Saya suka kogsikan satu kerja yang mudah yang boleh kalian lakukan untuk tambahkan pendapatan kalian.
Apa kata kalian buat duit dengan bog.........seronok tau dapat duit dari blog, sesuatu yang bukan semua orang di Malaysia ni tau caranya. Bila kita jadi orang yang selangkah lebih jauh dari orang-orang di sekeliling kita......fuh....seronok!!!! Bukan saja dapat banyak duit, kita juga tergolong dikalangan orang yang berilmu.....best tau!!!

Nak tau macamana nak buat blog????? Nak tau rahsia buat duit dengan blog????
 [teruskan membaca]

Read more...

Duit Oh Duit...Di mana Kau Duit!!!!!!

2 hari lagi nak raya haji....nk balik kampung ke??? Aduh..mana nak cari duit ni..??? Lepas raya nak buat persiapan untuk anak ke sekolah pulak, pas tu tahun baru awal januari road tax aku mati..mak oii mati aku cam ni....gaji dah la sikit..OT dah lama tak de ni...aduh...duit..duit...di mana kau duit????!!!!!!!!!


Itulah keluhan seorang teman.....kalian ada masalah tu tak?? Rasa-rasanya ramai yang menghadapi masalah tak cukup duit ni. Apa kata kalau kalian pelajari sesuatu dari internet macamana nak buat DUIT. DUIT ni tak akan datang bergolek...melayang pun tidak!!!! Yang pastinya kita kena usaha untuk mencari dan mendapatkannya....


Banyak cara nak dapatkan duit di internet ni sebenarnya...kalian boleh cuba jual e-book, jual produk secara online, buat online MLM, jual produk di e-bay, join affiliate...dan macam-macam lagi la....yang pentingnya kalian kena tau bagaimana caranya sahaja....


Mudah tak?? Saya pun pada awalnya tak yakin juga tapi berkat usaha yang berterusan....Alhamdulillah.....saya dah tak ada masalah macam teman saya tadi tu....malah boleh dapat banyak lagi DUIT.. nak tau RAHSIA saya ??? 
[klik di sini]

Read more...

Polis Tembak Mati Pemuda Mengamuk

>> Wednesday, November 18, 2009

Sepanjang minggu orang ramai memperkatakan tentang isu polis menembak mati seorang pemuda yang sedang mengamuk. Bagi keluarga mangsa, polis tidak sepatutnya menembak ke dada mangsa kerana mangsa hanyalah bersenjatakan pisau sahaja dan kedua tangannya bergari ke belakang.... (kalau bergari macam mana pegang pisau??). Tindakan polis dikatakan kejam dan zalim sehinggakan keluarga mangsa membuat laporan terhadap anggota terbabit dan kerajaan Malaysia kerana cuai dalam menjalankan tugas.

Bagi pihak polis pula, tindakan adalah untuk mempertahankan diri dari serangan mangsa. Malah tembakan pertama hanyalah sebagai amaran sahaja dan terpaksa melepaskan tembakan kali ke dua apabila mangsa bertindak lebih agresif. Anggota terbabit dikatakan berpengalaman dan bukannya melepaskan tembakan melulu dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

Orang ramai melahirkan pendapat yang berbeza, ramai yang menyokong tindakan polis dan tidak kurang juga yang membantah. Apa pun....polis perlu menjalankan siasatan dengan terperinci supaya keadilan dapat ditegakkan baik untuk keluarga mangsa mahupun anggota polis terbabit.

Dalam keadaan kadar jenayah yang semakin meningkat, ada kewajarannya polis mengambil tindakan tersebut untuk menjegah dan membendung jenayah dari terus berleluasa. Polis bukan sahaja mempertahan diri sendiri tetapi juga menjaga keselamatan orang awam. Dan semua yang dilakukan adalah berlandaskan syarat-syarat dan peraturan-peraturan tertentu. Orang awam dan ibubapa khususnya perlu mengambil ikhtibar kejadian tersebut. Didiklah anak-anak kita seawal usia untuk lebih bersifat penyabar, penyayang, bersifat baik, tidak melakukan kekerasan, takut untuk bebuat salah, sentiasa menghormati ibubapa dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Tanamkan sifat-sifat positif dalam diri mereka...InsyaAllah....semoga mereka membesar sebagai insan yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara tercinta. Merekalah yang akan membentuk sebuah negara yang aman, damai dan jauh dari segala kejadian jenayah..........

Read more...

Jenayah Berleluasa

>> Friday, November 13, 2009

Hampir setiap hari akhbar memaparkan pelbagai kejadian jenayah di sekeliling kita. Dari kes pecah rumah, ragut, rompakan, dera anak, rempit, langgar lari hinggalah ke rogol dan bunuh. Pelbagai persoalan di benak fikiran.... Apa nak jadi dengan kita ini?? Kenapa ini berlaku?? Salah siapa?? Mengapa ianya semakin menjadi-jadi?? Apa tindakan kita?? Bagaimana hendak menyelesaikannya??Persoalan yang tiada kesudahan penghujungnya. Apa yang pasti.... selagi ianya berlaku, selagi itulah ianya bermain di fikiran ini........

Ada ketikanya ketakutan menyelubungi diri, tapi akal dan fikiran bertindak menyedarkan diri betapa semua itu adalah lumrah kehidupan. Adat manusia yang jahil dan rakus, hidup bertunjangkan nafsu, bertuhankan harta dan kuasa, bertopengkan haiwan berbuat apa saja tanpa segan dan silu...tanpa takut hukum dan dosa....oh....betapa rendahnya nilai sebuah kehidupan.... Selagi nafsu menguasai diri, selagi itulah akal dan fikiran bertindak di luar batasan.... MasyaAllah..........

Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP