Kenapa Saya Menulis

>> Monday, April 27, 2009

Satu sebab kenapa saya meluangkan masa untuk menulis di blog ini; Saya rajin membaca terutamanya akhbar-akhbar harian. Apabila kita membaca, terlalu banyak maklumat yang diperolehi. Malangnya segala apa yang kita perolehi itu hanya untuk pengetahuan kita seorang saja.

Apabila saya mula mengenali dunia internet, bermulalah episod baru dalam hidup saya. Mungkin agak terlambat bagi sesetengah orang yang telah lama menggunakan segala kelebihan internet, tapi bagi saya biarlah terlambat daripada terus tidak mengorak langkah. Dek kerana itulah saya di sini.....berusaha untuk membina satu blog untuk saya meluahkan segala apa yang saya inginkan.........

Read more...

Era IT

>> Wednesday, April 22, 2009

Salam Sejahtera...... Era IT memang menyeronokkan. Pelbagai perkara dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi terkini. Banyak kebaikan dan faedah yang diperolehi, walaupun ramai juga yang berpendapat bahawa teknologi lebih memberi keburukan daripada kebaikan. Apapun, terpulanglah kepada diri masing-masing...

Melayari internet bukan lagi perkara luar biasa bagi rakyat negara kita walaupun tidak dapat dinafikan yang masih ramai agak ketinggalan dalam aspek ini. Namun saya yakin sekiranya anda sedang membaca tulisan saya ini, pasti anda bukanlah sebahagian dari mereka......

Saya sangat mengalu-alukan kehadiran anda di sini, semoga blog ini berjaya menjadi satu medan berkongsi pendapat dan bertukar pandangan....Insya-Allah...

Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP