Kehebatan Susu Ibu.....Kenapa tidak menghargainya??
>> Thursday, December 3, 2009
Bayangkan telah tersedia satu produk yang dapat memberi makan sebahagian besar penduduk dunia. Dapat melindungi mereka dari penyakit, boleh didapati dimana-mana, tidak perlu penyimpanan atau penghantaran dan dapat melindungi sebahagian manusia dari bencana kanser.”
…Dan...”Bayangkan pula manusia tidak mahu menggunakannya…”
Semua mamalia menyusukan anaknya sendiri. Kecuali manusia yang mempunyai pilihan samada untuk menyusukan sendiri atau memberi susu formula.
Memang sedih bila memikirkan mengapa manusia begitu susah untuk menyusukan anak sendiri. Apakah ini antara penyebab berlakunya gejala sosial masa kini??
Tahukah kalian bahawa susu ibu telah terbukti adalah makanan terbaik untuk bayi?? Ia adalah satu – satunya makanan yang memberikan segala keperluan nutrisi untuk bayi yang berumur kurang dari 6 bulan. Tidak ada satu pun jenama susu formula yang mampu menyaingi kelebihan yang terdapat di dalam susu ibu.
Susu ibu juga penting untuk tumbesaran bayi. Ia dapat memberikan air yang mencukupi tanpa perlu sebarang air tambahan. Tidak seperti pemberian susu formula, kebiasaannya bayi itu perlu diberi tambahan air masak untuk mengelakkan sembelit. Kalau bayi umur satu tahun ke bawah, zat yang ada dalam susu ibu tu adalah yang utama....cuma bagi makanan tambahan sebagai pelangkap je...
Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama dan terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan kuman dan jangkitan...
Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Kolostrum dapat mencegah jangkitan dan juga penyakit alergi dan ini hanya terdapat di dalam susu ibu!!!
Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (35 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Jumlah yang kecil untuk keperluan (dan saiz perut!) yang kecil. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini??
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa bayi yang menyusu ibu :
1) MENDAPAT MARKAH LEBIH TINGGI dalam ketajaman penglihatan
2) Menunjukkan perkembangan otak yang LEBIH BAIK.
























